Home Berita PAS Selangor

Progam sumbangan Deepavali 2021 – Ketua Penerangan DHPP Selangor

114
SHARE

PAS For All | Dewan Himpunan Pendukung PAS Selangor

Oleh : Harii Khana
Ketua Penerangan DHPP Selangor

SUNGAI BULOH, 29 Oktober – Beberapa hari lalu, DHPP Sungai Buloh, Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) dan PAS Kawasan Sungai Buloh telah menggerakkan sebuah program sumbangan buat masyarakat India di Sungai Buloh sempena perayaan Deepavali.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Ustazah Hjh Wan Hasrina Wan Hasan bersama Ketua Muslimat PAS Kawasan Sungai Buloh, Pn. Siti Rohaya Ahad serta Ketua DHPP Sungai Buloh, En Sandramogan.

Sebanyak 15 buah keluarga masyarakat india yang telah disantuni dan menerima sumbangan tersebut penduduk yang tinggal di flat Bandar Baru Sungai Buloh dan Merbau Sempak. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor