Home Artikel PAS Johor

Ziarah Kebajikan Rutin Lujnah Kebajikan

51 views
SHARE

Ziarah Kebajikan Rutin Lujnah
Oleh : Tinta Tebrau

Tebrau, 8 Julai : Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Tebrau diketuai Rozie Kuta Abdullah meluangkan sedikit masa menziarahi kediaman Allahyarhamah Marini Kasman di Taman Cahaya Masai, yang telah meninggal dunia pada 6 Julai lalu.

Mengambil kesempatan masa yang ada sebaiknya untuk berbual dan memberi kata semangat kepada suami allahyarhamah.

Sumbangan diberikan kepada A Bakar Abd Rahman untuk membantu meringankan beban yang sedang ditanggung sebagai mengakhiri ziarah ini.

Pengerusi Pusat Aduan Rakyat (PAR) Tebrau, Azman Atmin, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tebrau, Ustaz Dr Ezwan Rafiq Husin, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tebrau, Pn Rohaiza Mohd Razali, Ketua Cawangan PAS Taman Cahaya Masai, Amir Abdan, beberapa AJK cawangan dan PAS Kawasan Tebrau antara yang menyertai ziarah ini.