Home Artikel PAS Sabah

Muafakat Nasional : Pemuda PAS UMNO tulang belakang jaga kepentingan bumiputera Sabah

80 views
SHARE

Oleh: Basith Samad
23 Oktober 2019

KOTA KINABALU : Pemuda PAS dan UMNO perlu menjadi tulang belakang dengan memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan hubungan Muafakat Nasional di negeri Sabah.

Ia sekaligus suatu perjuangan bagi menjaga kepentingan bumiputera negeri Sabah tanpa mengenepikan hak-hak kaum lain.

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir Haji Khairil Nizam Khirudin dalam pertemuan harmoni Muafakat Nasional antara kepimpinan utama Dewan Pemuda PAS Sabah dengan Pergerakan Pemuda UMNO Sabah di Bangunan UMNO Sabah, dekat sini, semalam.

“Muafakat Nasional ini merupakan suatu anugerah buat kedua parti politik untuk saling bekerjasama dan bermuafakat demi kepentingan bumiputera di negeri Sabah,” katanya.

“Permuafakatan antara PAS UMNO dalam kalangan pemuda akan lebih rancak dengan kolaborasi program yang mapan di peringkat negeri sehingga ke cawangan-cawangan,” tambahnya.

Beliau juga berharap langkah yang baik ini dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat dan secara tidak langsung memberi impak positif kepada rakyat Sabah.

Hadir dalam pertemuan itu mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah ialah Ketua Pemuda, Zulzaim Hilmee Abidin, Timbalan Ketua Pemuda, Salman Amin, Naib Ketua Pemuda, Hendri Hamsah dan beberapa orang exco.

Manakala mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Sabah ialah Naib Ketua Pemuda, Suffian Amrin, Ketua Penerangan Pemuda, Naim Mokhtar dan beberapa orang exco disamping Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan.