Home Berita PAS Selangor

Ziarah kebajikan DPPN Selangor ke rumah mangsa kebakaran – DPPN Selangor

10
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

KUALA SELANGOR, 15 Oktober – Petang semalam, rumah mertua Ustaz Faizol hangus dalam sebuah tragedi kebakaran ketika hampir menjelang waktu maghrib. Abang ipar serta anak Ustaz Faizol yang berada di dalam rumah tersebut berjaya menyelamatkan diri dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.

“Takziah diucapkan kepada Ustaz Mohd Faizol Endut sekeluarga atas ujian yang menimpa”, ujar Pemuda PAS Selangor.

“Ustaz Faizol merupakan Pengarah PASTI Selangor”, jelas mereka.

Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) telah melancarkan derma kilat malam tadi bagi membantu meringankan beban keluarga yang terlibat dalam kebakaran yang memusnahkan keseluruhan rumah dan perkakas rumah.

No photo description available.Team Lajnah Kebajikan DPPNS yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan, Sdra Muhammad Azwan telah turun menziarahi dan menyampaikan sumbangan derma kilat hasil kutipan sumbangan orang ramai.

“Terima kasih kepada para penderma yang budiman lagi prihatin”.

“Moga Allah memberkati dan merahmati kalian”.