Home Berita PAS Selangor

‘Bakul Prihatin’ Wanita PN Gombak kembali beraksi – PAS Kawasan Gombak

21
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi

GOMBAK, 15 Oktober – PAS Gombak meneruskan lagi agenda Sumbangan Bakul Prihatin Wanita Perikatan Nasional Gombak di Flat Keramat Pangsa @ Flat Columbia, hari ini.

Menurut PAS Gombak, sumbangan pada kali ini melibatkan penerima-penerima yang terdiri daripada 13 orang wanita dan ibu tunggal.

Majlis serahan ini dihadiri Ketua Urusan Ulama Gombak, Ustaz Imran Selamat, Ketua Skuad Prihatin Muslimat DUN Hulu Kelang iaitu Dr Halimah, bersama bantuan anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Gombak.

Semoga sedikit bantuan yang telah dihulurkan ini dapat memberi manfaat kepada keluarga para penerima dan juga semoga bantuan tersebut dapat meringankan sedikit beban yang dipikul mereka dalam meneruskan lagi kehidupan dimusim pandemik COVID-19 ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor