Home Berita PAS Selangor

JAMNS dan JAMK PJ mula operasi agih bekalan air – JAMK Petaling Jaya

6
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Jabatan Amal Malaysia Kawasan Petaling Jaya

PETALING JAYA, 15 Oktober – Ekoran krisis ketiadaan air yang berlaku dibeberapa daerah di Selangor disebabkan pembersihan loji Semenyih 3, Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor (JAMNS) telah memulakan pergerakan bagi mengagihkan bekalan air bersih ke tempat-tempat yang terjejas.

Turut serta di dalam operasi ini adalah Jabatan Amal Malaysia Kawasan Petaling Jaya (JAMK PJ) yang telahpun turun ke Daerah Klang bagi membantu melancarkan misi ini.

Gangguan bekalan air di daerah-daerah terjejas dijangka berakhir pada hari Sabtu, 16 Oktober 2021. Dikhabarkan, setakat tengah malam tadi, proses pengagihan air masih lagi berjalan bagi meringankan beban penduduk.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor