Home Berita PAS Negeri Sembilan

Ziarah Kasih warga emas di Chembong bersama PAS Rembau

65
SHARE

Oleh : RUSILAH MD SOM

CHEMBONG, 25 Ogos : Program Ziarah Kasih PAS Kawasan Rembau semalam melibatkan seorang warga emas yang lumpuh berumur 83 tahun.

Turut hadir dalam ziarah itu ialah Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKKP) Kawasan Rembau, Ishak Omar, Ahli Jawatan Kuasa LKKP, Suraya Shamsudin dan Azamah Awang telah menyampaikan sumbangan berupa lampin pakai buang.

“Warga emas, Teh Abdul Malik yang kami ziarah merupakan ibu mentua kepada salah seorang ahli PAS di DUN Chembong, Nasaruddin Mohamad yang tinggal di No 174, Jalan 5/1,Taman Sedia Raja, di sini,” ujar Ishak Omar.

Atas permintaan ahli keluarga Nasaruddin, Ishak Omar telah membacakan doa selamat buat warga emas yang kini lumpuh separuh badan dan tidak mampu bergerak lagi, tambah Ketua LKKP Kawasan Rembau itu.

Menurut Ishak Omar, beliau memohon maaf bagi pihak LKKP Kawasan Rembau kerana tidak berupaya meminjamkan katil pesakit buat kegunaan ibu mentua ahli PAS itu kerana semua katil-katil pesakit milik LKKP telah diberikan kepada individu yang memerlukan.

Nasaruddin memberitahu bahawa, beliau telah menyewa katil pesakit daripada salah sebuah hospital swasta sebaik sahaja ibu mentuanya keluar daripada hospital akibat pelbagai komplikasi penyakit yang dialami.

Beliau yang juga merupakan ahli PAS turut mengucapkan terima kasih atas Ziarah Kasih daripada PAS Kawasan Rembau.