Home Berita PAS Kedah

Ziarah kali ini mengimbau kenangan bersama ayahnda

146
SHARE

MERBOK, 16 JANUARI – YB Ustaz Hanif Ghazali (ADUN Tg. Dawai) & PKWR meneruskan rutin harian menziarahi masyarakat yang uzur di sekitar Pekan Merbok dan Kampung Merbok, pagi tadi.

Dalam ziarah tersebut, YB Ustaz Hanif menyatakan bahawa penduduk yang diziari beliau kali ini ramai dari kalangan pelajar ayah beliau.

“Sebahagian mereka merupakan penduduk yang pernah menadah kitab dengan ayahanda saya iaitu almarhum Ustaz Ghazali Din. Malah, mereka juga membantu perjuangannya dahulu.”

“Semestinya program hari ini mengimbau kenangan saya bersama almarhum, di samping dapat meninjau keadaan masyarakat di DUN Tanjong Dawai.” katanya

Sebagai tanda keprihatinan, pihak PKWR menyampaikan bantuan berupa sumbangan tunai serta barangan keperluan harian kepada penduduk yang disantuni.

Rata-rata masyarakat yang uzur adalah dalam kalangan warga emas, malah terdapat juga anak muda yang diuji dengan masalah kesihatan yang menyebabkan mereka terlantar di rumah.

Turut hadir bersama ialah Cikgu Abd. Samad (Setiausaha PKWR), Pak Lang Shuhud, Abang Pa (Pengerusi JPKK), Abang Jid (Penyelia Zon PKWR), Cikgu Farizat, dan Hj Yusran.