Home Artikel PAS Perak

Ziarah Asnaf Santuni Warga Desa

34 views
SHARE

Bukit Gantang , 10 April : Sikap prihatin PAS terhadap kebajikan rakyat diteruskan melalui siri ziarah asnaf di DUN Trong dan DUN Kuala Sepetang dalam parlimen Bukit Gantang.

Penyelaras Parlimen Bukit Gantang yang juga Naib Presiden PAS , Ustaz Idris Ahmad berkata pihaknya sentiasa cakna akan permasalahan yang dihadapi rakyat.

Aktiviti ziarah anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Bukit Gantang telah bertemu dengan 16 buah keluarga yang tinggal di Kampung Sungai Nyior , Kampung Sungai Baru dan Kampung Temelok dalam DUN Trong dan 4 keluarga di Kampung Menteri dalam DUN Kuala Sepetang.

Turut bersama dalam rombongan ziarah di DUN Trong ialah YDP PAS Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman , Pengarah JPRD Trong , Tuan Haji Zainuddin Hamzah dan Timbalan Pengarah JPrU Trong, Saudara Nordin Abdul Rahman manakala rombongan ziarah di DUN Kuala Sepetang disertai oleh Penyelaras DUN Kuala Sepetang , Tuan Haji Rahim Ismail, Pengarah JPRD Kuala Sepetang , Encik Abdul Rahman Hatim , pemuda serta muslimat.

Mereka yang diziarahi daripada warga emas , fakir miskin dan golongan kurang upaya yang mempunyai ramai tanggungan.

Aktiviti ziarah yang konsisten telah menyebabkan ramai rakyat menerima PAS sebagai sebuah parti yang menjaga kebajikan rakyat dan rata-rata mereka menyatakan kesediaan untuk memberi mandat kepada PAS dalam PRU-14 akan datang.