Home Artikel PAS Perak

Eratkan Ukhuwah Edar Risalah

58 views
SHARE

 

Kuala Sepetang , 3 April : Buat pertama kalinya , PAS Bukit Gantang dan PAS Taiping bekerjasama mengedarkan 2000 risalah sisipan harakah yang telah diadakan di Pasar Malam Taman Kota Jaya,Simpang pada 3 April yang lalu.

Program ini anjuran bersama JPRD Aulong dan JPRD Kuala Sepetang yang bertujuan merapatkan ukhwah di samping dapat menjalankan aktiviti secara bersama bagi tujuan mendekati masyarakat sekeliling di mana ada sesetengah pengundi di DUN Changkat Jering dan Dun Aulong yang berpindah tempat mengundi dalam proses Persempadanan semula baru-baru ini.

Ia menjadi kesempatan buat petugas PAS menyampaikan maklumat dan juga penerangan berkaitan Manifesto PAS yang dikeluarkan baru-baru ini.

Turut serta menjayakan program itu adalah YDP PAS Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman , Penyelaras Parlimen Taiping , Encik Ibrahim Ismail , Penyelaras DUN Kuala Sepetang , Tuan Haji Rahim Ismail , serta pimpinan dari PAS Kawasan Taiping dan Bukit Gantang.