Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Seindah Syawal dirai bersama Petugas barisan hadapan Sarawak

37
SHARE

 

Mei 4, 2024

SIBU, SARAWAK : Skuad Prihatin Muslimat PAS dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial Negeri Sarawak telah menyampaikan sumbangan kepada beberapa agensi kerajaan terpilih melalui program Seindah Syawal, di sini semalam.

Program Seindah Syawal bermula di kawasan Sibu dengan menziarahi para anggota yang bertugas di Balai Polis Sibu dan Balai Bomba Jalan Sentral Sibu. Mereka turut diberikan sumbangan berbentuk hamper sebagai ingatan kasih dan sayang di bulan Syawal.

Program ziarah kasih diteruskan lagi di kawasan Petra Jaya. Sebanyak tiga buah agensi terlibat iaitu Balai Polis Gita, Balai Bomba Semariang dan Hospital Umum Sarawak turut diziarahi dan disampaikan sedikit sumbangan hari raya.

“Ziarah ke jabatan-jabatan ini adalah sebagai kunjungan kasih sempena hari raya untuk menjalinkan hubungan baik dan menzahirkan penghargaan serta rasa terima kasih kita atas khidmat bakti mereka pada masyarakat dan negara” Ujar Habsah Bujang.

Turut hadir Ketua LKKS DMPNS, Puan Habsah Bujang, Timbalan Ketua DMPK Petra Jaya, Wanee Doni, Ketua LKKS DMPK Petra Jaya, Salwa Sarkawi serta AJK LKKS DMPNS, Ain Sakinah.

Jutaan terima kasih buat para dermawan yang setia mendukung misi ini dan memberikan kepercayaan kepada Skuad Prihatin untuk menyampaikan sumbangan kepada para wira kita. Semoga Allah mengurniakan kebaikan berlipat kali ganda kalian semua.