Home Artikel PAS Sarawak

Zaman Gelap Terjadi Bila DAP-PH Memerintah

427
SHARE

DAP tidak pernah membuktikan mereka dapat bersatu dengan mana-mana parti, ini kerana agenda tersendiri DAP yang sentiasa bertentangan dengan budaya berparti di Malaysia. Buktinya dari zaman Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan kini DAP berada dalam Pakatan Harapan yang sudah menjadi kerajaan pun mereka gagal untuk bersatu. Ada sahaja yang menyebabkan rakyat tidak puas hati terhadap tindakan mereka.

DAP tidak berjaya menunjukkan sikap ‘Malaysian Malaysia’ yang mereka laungkan apabila imej mereka sendiri masih lagi ultra Cina malah lebih kuat. Buktinya penentangan terhadap Jawi yang menjadi polemik di dalam pendidikan.

Kegagalan menunaikan janji kepada Sarawak apabila menjadi Kerajaan Persekutuan. Antaranya hak royalti gagal dipulangkan sebagai contoh.

Terbaru, DAP melalui Menteri Kewangan mendesak Kerajaan Sarawak untuk tidak mengenakan cukai SST terhadap tayar import, sebaliknya Menteri DAP gagal menangani kenaikan harga bawang seluruh negara.

Tidak perlu tunggu PAS untuk Malaysia berdepan zaman gelap. Kini, zaman DAP-PH sudah cukup terseksanya rakyat lebih dari zaman kegelapan.

Cadangan saya, semua MP DAP terutama dari Sarawak menyokong Usul Percaya kekalkan Tun M sebagai PM sehingga tamat penggal ke-14, ia penting untuk kestabilan negara yang akan memberi impak secara langsung kepada Sarawak.

Untuk lebih adil, senaraikan Manifesto PH yang tidak tertunai dan janji Manifesto PAS Kelantan yang tidak tertunai. Lihat siapa yang tidak tunai janji? Bermain dengan isu Mercedes dan bonus RM50,000 adalah tahap pemikiran politikus di belakang dapur yang sememangnya pengecut.

ZHARUDIN NARUDIN
Ketua Penerangan PAS Negeri Sarawak