Zakir Naik: PAS Perak sokong Mufti Harussani
IPOH – Pas Perak menyokong penuh kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang tidak bersetuju dengan tindakan menghalau penceramah bebas, Dr Zakir Naik keluar dari negara ini.
Ketua Penerangannya, Hafez Sabri berkata, umat Islam sewajarnya mengambil berat terhadap saranan Harussani supaya tidak sama mengikut seruan mana-mana individu yang mahu menghalau keluar penceramah tersebut.
Menurutnya, pemimpin Islam terutama di dalam kerajaan tidak seharusnya mengikut rentak kebencian pihak tertentu sehingga sanggup menghalang ceramah Zakir di negeri-negeri tertentu.
“Pas Perak menyokong penuh kenyataan dan saranan dikemukakan Mufti Perak semalam. Tidak ada sebab untuk mana-mana pihak menolak saranan tersebut kerana asas yang kukuh.
“Kita juga berharap kerajaan Perak menyokong kenyataan mufti dan tidak membuat keputusan seperti beberapa negeri Pakatan Harapan (PH) lain yang mengharamkan Dr Zakir ke negeri mereka,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Harussani yang tidak bersetuju dengan tindakan menghalau Dr Zakir keluar dari negara ini.
[Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/43923/BERITA/Nasional/Mufti-Perak-tak-setuju-tindakan-halau-Zakir-Naik]
Dalam pada itu, Hafez turut menggesa parti-parti kerajaan terutama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Amanah Negara (Amanah) supaya turut sama menyokong kenyataan Harussani itu.
Katanya, parti-parti di dalam kerajaan juga digesa supaya mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana mengeluarkan kenyataan tidak benar di luar negara sebelum ini tentang keadaan masyarakat India di Malaysia seperti yang diminta oleh Harussani.
Beliau berkata, kerajaan juga harus menerima teguran Harussani supaya bertegas dan bertanggungjawab menyelesaikan isu mengikut keutamaan dan sejajar kepentingan majoriti tanpa mengetepikan hak minoriti.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/44146/BERITA/Nasional/Zakir-Naik-Pas-Perak-sokong-Harussani
Tidak ada sebab untuk mana-mana pihak menolak saranan Mufti Perak itu kerana ia asas yang kukuh – Hafez Sabri
Posted by Sinar Harian on Wednesday, August 21, 2019
https://www.sinarharian.com.my/article/44146/BERITA/Nasional/Zakir-Naik-Pas-Perak-sokong-Harussani
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf