Home Artikel PAS Terengganu

PAS 68 Tahun Semakin Matang di Pentas Politik

103 views
SHARE

PAS 68 TAHUN SEMAKIN MATANG DI PENTAS POLITIK

Kewujudan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai.

Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dalam politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.

PAS tidak pernah memisahkan diri daripada menuntut kemerdekaan negara. PAS menganggap membebaskan diri daripada cengkaman penjajah adalah wajib. Haram berada di bawah penjajah yang menindas rakyat dan mengaut hasil bumi negara ini. Fakta menunjukkan ketika Ordinan Dharurat 1948 semua parti berhaluan kiri diharamkan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Hizbul Muslimin, Angkatan Pemuda Insaf, Angkatan Wanita Sedar, tetapi yang dibenarkan hidup hanya parti Umno.

PAS lahir bukan kerana kecewa dan kalah di dalam pertandingan merebut jawatan dalam parti. Ia ditubuhkan kerana perlunya jamaah atau kumpulan yang menegakkan yang makruf dan mencegah kemunkaran di dalam negara ini.

Sesuai dengan sebuah parti yang menjadikan Islam sebagai dasar dan landasan bertindak, maka PAS terus mara ke hadapan bagi menegakkan Islam di atas muka bumi ini. Walaupun cita-cita ini belum tercapai, namun sudah banyak apa yang hendak diperjuangkan oleh PAS terpaksa dilaksanakan oleh pihak kerajaan kerana desakan PAS dan kemahuan rakyat. Pihak berkuasa memahami sekiranya mereka tidak laksanakan mereka akan kehilangan sokongan.

Kemenangan PAS yang pertama dalam tahun 1955 telah memberi ruang kepada PAS untuk meluaskan lagi pengaruhnya. Malah kemenangan PAS pada tahun 1959 telah memberi ruang yang lebih luas kepada PAS untuk bersuara dalam Dewan Parlimen dan menjadikan PAS sebagai sebuah parti pembangkang yang kuat sehingga ke hari ini. Kesedaran lslam di kalangan ahli dan penyokong PAS inilah yang menjadikan satu ciri keistimewaan kepada perjuangan PAS walaupun sepanjang sejarah perjuangannya pelbagai cabaran dan rintangan telah ditempuhi, PAS tetap masih lagi kukuh di persada politik tanah air.

Malah hari ini kita boleh melihat PAS adalah sebuah parti pembangkang yang berpengaruh dalam mewarnai arena politik negara. Pahit manis perjuangan PAS dan pengalaman politik secara praktikal, bukan berteori di bilik berhawa dingin semata mata. Ia merupakan satu kelainan daripada teori sains politik.

AMEERAH Negeri Terengganu mengucapkan selamat ulangtahun ke-68 buat Parti Islam Semalaysia (PAS) dan AMEERAH mendoakan semoga PAS terus istiqamah melangkah menempuh gelora dan badai sebuah perjuangan.

Siiru a’la barakatillah.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB Zuraida Md Noor,
Pengarah AMEERAH Terengganu.

#AmeerahTerengganu
#AmeerahMalaysia
#MuslimatMudaPAS
#IslamMemimpinWanitaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan

PAS 68 TAHUN SEMAKIN MATANG DI PENTAS POLITIKKewujudan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23…

Posted by Ameerah Terengganu on Thursday, August 22, 2019