Home Artikel PAS Melaka

YDP PAS Tangga Batu lawat PASTI kawasan

362
SHARE

Oleh : Kamil Saufee

TANGGA BATU, 7 Julai : Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin telah membuat lawatan ke beberapa buah tadika PASTI sekitar kawasan ini di sini, hari ini.

Antara PASTI yang dilawati beliau ialah PASTI Al-Huda, Bukit Rambai dan PASTI Al Munir, Bukit Gedong.

Menurut Bakri, lawatan ini adalah bertujuan untuk beliau melihat sendiri kelancaran dan suasana pembelajaran di PASTI dengan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan.

“Setakat ini saya amat berpuas hati dengan sesi pembelajaran di PASTI kerana segala SOP dipatuhi dengan baik.

“Saya harap agar pematuhan SOP ini akan berkekalan sehingga negara di isytiharkan benar-benar bebas dari wabak Covid 19 ini.” ujar beliau lagi.

Turut hadir mengiringi beliau adalah Ramlan Amad, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Tangga Batu.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)