Home Berita PAS Negeri Sembilan

YDP PAS Jempol calon PN N.05 Serting

440
SHARE

Oleh SHARIFAH AJIL

SEREMBAN, 27 Julai : Yang Di Pertua PAS Kawasan Jempol, Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa telah diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) akan bertanding di Dun N05 Serting.

Pengumuman calon-calon yang bertanding mewakili Perikatan Nasional bagi Pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah diumumkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional Negeri, Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Ahmad Azumu dalam Majlis Pengisytiharan Calon PN di Dewan KRS Bandar Warisan Puteri, di sini hari ini.

Ustaz Fairuz diamanahkan untuk bertanding kali ini di kerusi Dun N05 Serting. Sebelum ini dalam Pilihan raya (PRU) 14, calon yang bertanding ialah daripada parti PAS Muhamad Alzukri Muhamad Yassin.

Ketika itu, Alzukri hanya memperolehi 1,837 undi, tewas kepada parti lawan dari Barisan Nasional (BN), Dato’ Shamsulkahar Mohd Deli dengan memperolehi 9,782 undi manakala Pakatan Harapan (PH) dengan calonnya Abd Rahman Ramli mendapat 6,014 undi. Majoriti undi adalah 3,768.

Pada 1 Julai, telah diumumkan pembubaran Dun. Tarikh penamaan calon telah ditetapkan pada 29 Julai manakala undi awal pada 8 Ogos dan tarikh keluar mengundi pada 12 Ogos.