Home Berita PAS Negeri Sembilan

Timbalan Yang DiPertua PAS Rembau bakal Calon N27, DUN Rantau

204
SHARE

 

SEREMBAN, 28 Julai : PAS Kawasan Rembau mencalonkan Timbalan Yang DiPertua (TYDP) PAS Kawasan, Rozmal Malakan bagi mewakili Perikatan Nasional ( PN) dalam Pilihanraya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Ogos akan datang.

Pengisytiharan calon tersebut telah diumumkan dalam Majlis Munajat Perdana dan Pengisytiharan Calon Perikatann Nasional (PN) Negeri Sembilan dan pengumuman dibuat oleh Pengerusi PN, Negeri Sembilan, Datok Sri Faizal Azumu sebaik usai solat maghrib berjemaah yang bertempat di Dewan Perdana KRS, Bandar Warisan Puteri, di sini malam tadi.

Rozmal Malakan telah menerima pendidikan menengah di Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Free University Brunssels dalam bidang ” Pre Engineering” pada tahun 1983 hingga 1984.

Manakala jawatan akhir beliau ialah sebagai Pengurus Kualiti Syarikat Jerman yang beroperasi di Senawang, iaitu semenjak tahun 1996 hingga beliau menamatkan perkhidmatan pada tahun 2022.

Pencalonan beliau sebagai wakil rakyat bagi mewakili parti PAS sebenarnya bermula pada tahun 2013 lagi dan ketika itu beliau terpaksa menolak pencalonan tersebut kerana beliau dan isteri telah mendapat tawaran untuk menunaikan haji.

Sememangnya Rozmal Malakan merupakan seorang yang prihatin kepada isu-isu kebajikan dan kemasyarakatan di kawasannya memandangkan beliau sendiri merupakan anak jati Rembau dan pasti beliau berbesar hati untuk berkhidmat menjadi wakil rakyat di sana.

Pengisytiharan calon malam tadi melihatkan bahawa PN bakal bertanding di tiga puluh enam DUN di Negeri Sembilan dan esok bakal diadakan penamaan calon untuk mengesahkan calon-calon yang bakal bertanding dalam PRN nanti.