Home Berita PAS Selangor

Syabab Care cakna usahawan desa – Naib KP PAS Selangor

30
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

SIK, 27 September – Syabab Care Malaysia telah sertai sebuah majlis ringkas penyerahan peralatan dan mesin untuk berniaga kepada para usahawan desa di Sik, Kedah. Serahan tersebut disempurnakan oleh Ahli Parlimen Sik, YB Ust Ahmad Tarmizi Sulaiman.

NGO seperti Pertubuhan Hulu Kelang Prihatin, Syabab Care Malaysia dan Ansar Global turut sama hadir membantu para usahawan di sini untuk mengembangkan lagi perniagaan masing-masing.

May be an image of 4 people, people standing and road“Semoga dengan bantuan ini pakcik yang jual tebu dapat tingkatkan lagi jumlah jualan air tebu, makcik jual dodol dapat ringankan beban kacau dodol bila guna mesin proses dodol dan paklong yang jual kuih-kuih frozen dapat simpan lebih lama produk beliau dalam peti ais industri sekaligus meningkatkan hasil jualan”, kata Muhammad Fadzli Abu Bakar selaku penggerak utama Syabab Care Malaysia.

May be an image of 1 person

“Seronok dapat bantu usahawan desa”. “Selama ini mereka begitu mengharapkan sokongan pihak yang boleh membantu”. “Dengan adanya program seperti ini, ianya sedikit sebanyak dapat meningkatkan taraf ekonomi mereka di kampung”, katanya lagi.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor