Home Artikel PAS Selangor

YDP Agong Dan Raja-raja Melayu Yakin Dengan Pentadbiran Kerajaan Sekarang – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

268
SHARE

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin

Yang Di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah telah melihat dan memperhalusi permohonan Darurat bagi mengatasi wabak COVID-19 yang dipersembahkan cadangan tersebut oleh Kabinet Kerajaan Muafakat Nasional semalam.

Baginda seterusnya mengambil langkah dengan berbincang bersama Raja-Raja Melayu dan melihat situasi yang sedang dihadapi oleh negara dan melalui kenyataan media semalam Baginda telah membuat keputusan bahawa Tuanku merasakan Kerajaan sekarang mampu menangani wabak ini dengan baik dan berkesan tanpa pengisytiharan Darurat.

Secara tidak langsung Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan Kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin bagi melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan dalam membendung gejala wabak COVID-19 ini dari terus menular seluruh negara.

Dalam masa yang sama, Seri Paduka Baginda ingin mengingatkan ahli-ahli politik yang sering mengugat kestabilan negara untuk memberhentikan segera segala permainan politik mereka yang boleh mengganggu pemerintah negara dalam usaha menangani wabak ini.

Rakyat kini sudah muak dan marah dengan permainan politik yang seperti gila kuasa ini tanpa mempedulikan nasib rakyat dan negara. Kesan dari desakan politik maka Pilihanraya Negeri Sabah terpaksa diadakan baru-baru ini dan akhirnya rakyat Malaysia menjadi mangsa apabila penularan gelombang ketiga wabak Covid-19 ini semakin sukar dibendung.

Amaran demi amaran dari rakyat perlu diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen yang ingin meneruskan tindakan mengugat kestabilan negara, mereka perlu dianggap sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab kepada negara.

Dalam kenyataan media semalam, Seri Paduka Baginda juga menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen akan datang adalah amat penting kepada rakyat di dalam usaha kerajaan membendung wabak COVID-19 dan memelihara keamanan negara.

Maka saya melihat belanjawan kali ini akan dilihat lebih fokus dan lebih tersasar kepada industri tertentu dan kemungkinan besar satu peruntukan kewangan yang bersepadu akan diberikan kepada petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka, seterusnya pemulihan kembali beberapa sektor terjejas bagi memacu ekonomi negara.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#ResetMalaysia
#KekalTenang
#DaulatTuanku
#MalaysiaSejahtera
#LockdownPolitik