Home Artikel PAS Selangor

Daulat Tuanku : 3 Intipati Penting Kenyataan YDPA | Dari Meja Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor

300
SHARE

Oleh : Ustaz Syarhan Humaizi Halim

Pasca kenyataan YDPA, musuh politik Kerajaan PN sengaja memainkan isu dengan mengaitkan penolakan cadangan Darurat daripada PM beerti sama seperti YDPA meminta supaya PM meletakkan jawatan dan penolakan terhadap Kerajaan PN.

Sedangkan kenyataan YDPA jelas supaya Kerajaan PN yang ada terus dikekalkan untuk tanggani isu kesihatan dan negara ini dengan baik. Terdapat 3 intipati penting dalam kenyataan YDPA :

  1. Kerajaan PN telah berjaya menangani wabak COVID-19 ini dengan baik dan berkesan. YDPA amat mempercayai keupayaan Kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak COVID-19 ini dari terus merebak. Bermakna tidak perlu diwujudkan Darurat.
  2. YDPA mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara. Tiada perlunya Ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan Kerajaan sedia ada.
  3. YDPA menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Rakyat boleh memahami dengan baik kenyataan YDPA dan dapat menilai pihak-pihak yang sengaja mencetuskan polemik penolakan terhadap PM dan Kerajaan PN yang ada pada hari ni.

Ustaz Syarhan Humaizi Halim
Ketua Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

9 Rabi’ul Awal 1442H | 26 Oktober 2020

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor