Home Berita PAS Johor

YB Zailah Ziarah Banjir Johor

725
SHARE

8 Januari, Jumaat – YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah meluangkan masa turun ke daerah Kluang, Kota Tinggi dan Segamat dalam siri lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di Johor.

YB Dato Hajah Siti Zailah di dalam siri lawatan itu semalam melawat PPS SMK Kahang dan SK Kahang Bt 28 Kluang yang melibatkan seramai 580 mangsa terdiri dari 145 keluarga, diiringi oleh Encik Khairul Anuar Ahmad Kamil selaku Ahli Majlis Daerah Kluang dan beberapa pimpinan Muslimat Kawasan.

Sementara di Kota Tinggi lawatan diteruskan ke PPS SK Semanggar dan Sungai Telor disambut dan diringi oleh Encik Azmi Abu Ahli Majlis Daerah Kota Tinggi merangkap Yang DiPertua PAS Kota Tinggi, Kol. (B) Haji Nazari Mokhtar, Yang DiPertua PAS Tenggara dan Haji Abdul Rashid Sahab, Yang DiPertua PAS Pengerang. Jumlah mangsa banjir di 2 buah sekolah ini adalah seramai 187 mangsa melibatkan 47 keluarga.

PPS Sekolah Agama Gemereh, Segamat merupakan destinasi terakhir dalam siri lawatan di Johor petang semalam menempatkan 20 keluarga. Normala Sudirman selaku sukarelawan Muslim Care Malaysia (MCM) merangkap Penyelaras Khidmat Malaysia Kawasan Sekijang Segamat, mengiringi dan menyambut Dato Hajah Siti Zailah. Turut serta dalam siri lawatan tersebut Tuan Haji Moin Ahli Majlis Perbandaran Segamat merangkap Penyelaras Khidmat Malaysia Kawasan Segamat, Al Fadhil Ustaz Hadi, Yang DiPertua PAS Kawasan Segamat dan Yang DiPertua PAS Kawasan Sekijang, Cikgu Maarof Abd Mutalib.

Di PPS Sekolah Agama Gemereh, Segamat YB Dato’ Hajah Siti Zailah menyantuni anak kecil kurang upaya yang merupakan mangsa banjir akibat rumah mereka ditenggelami air sejak beberapa hari yang lalu. Beliau juga sempat menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan dan wang tunai kepada mangsa banjir yang ditempatkan di semua pusat pemindahan sementara (PPS)

Semoga segala usaha dan khidmat YB Dato Hjh Siti Zailah serta warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa dalam keredhaanNYA.