Oleh ANA NAJWA
YAN, 11 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat mengambil peluang menziarahi Mantan Bendahari PAS Cawangan Kampung Pisang, Hj Ahmad bin Bakar selepas selesai menghadiri program Beras Sejahtera di Kampung Permatang Tepi Laut.
Haji Ahmad yang ketika ini sudah berusia 76 tahun dimaklumkan menghidap penyakit buah pinggang, rosak paru-paru, kencing manis dan darah tinggi.
YB Ustaz Mohd Azam turut menyampaikan sumbangan berupa beras dan barangan keperluan kepada Hj Ahmad dan keluarga.
“Semoga beliau dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Insha-Allah,” ujarnya.