Oleh ANA NAJWA
BEDONG, 11 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Hj Ghazali menziarahi penduduk uzur dan pesakit kronik, Ahad lalu.
Seramai lapan warga yang diziarahi YB ADUN adalah terdiri daripada penduduk yang sakit uzur dengan menghidapi penyakit kronik.
Selain bertanya khabar, YB ADUN juga mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan kepada mereka.
Turut bersama dalam ziarahi adalah Cikgu Abd Samad bin Hj Salleh (Setiausaha PKWR), Puan Shamsinar bt Hj Marzuki (Penyelia Zon) dan suami serta abang Zaidi.
Terdahulu, YB ADUN bersama pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Tanjung Dawai juga menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada seorang kanak-kanak perempuan di Kampung Huma.
“Kanak-kanak tersebut diuji dengan penyakit kulit di seluruh badan. Selalu menggaru kerana gatal dan menangis kerana merasa pedih dan luka.
“Semoga Allah Ta’ala mengurniakan kesembuhan dan kesihatan yang lebih baik kepada para penduduk, juga kesabaran kepada para waris yang menjaga,” katanya.