BALING – Solat hajat bagi memohon kelancaran urusan pembinaan Pondok Madrasah Miftahul Saadah di Kampung Bukit Rawa Sedim berjalan lancar, semalam.
Ia melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad, penduduk serta para guru dan pelajar pondok sekitar daerah Baling.
Sempena program itu, penduduk kampung bergotong- royong menyediakan hidangan menyelerakan antaranya ialah ayam bakar.
Terdahulu, Najmi yang menjawat Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah itu merasmikan majlis pecah tanah pembinaan madrasah tersebut.
Peluang bertemu penduduk, pelajar dan guru pondok dalam program berkenaan dimanfaatkan Najmi dengan menyantuni mereka.