Home Berita PAS Pusat

YB Pagoh Terkedu Ditegur oleh YB Bachok Kerana Memfitnah Presiden PAS

14800
SHARE

Catatan Parlimen: YB Pagoh Terkedu Ditegur oleh YB Bachok Kerana Memfitnah Presiden PAS

1. Suasana dewan pada petang ini hangat sedikit apabila YB Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mahu menegakkan benang yang basah walaupun sudah ditegur oleh YB PAS Bachok, Ustaz Ahmad Marzuk Shaary berkenaan fitnah terhadap Tuan Guru Presiden PAS.

Tan Sri Muhyiddin ketika berceramah di Bachok baru-baru ini menyebut kononnya Tuan Guru Presiden PAS menyokong GST.
Kasihan melihat Presiden PPBM ini, punyalah benci terhadap PAS sehingga sanggup mengutip berita palsu untuk dijadikan modal ceramah menghentam PAS.

2. Sebenarnya, alkisah berita fitnah Tuan Guru Presiden PAS sokong GST ini berpunca daripada soalan lisan YB Marang pada 18 Oktober 2016.
Ia dimanipulasi oleh TV3 dan Utusan yang menyiarkan sebahagian sahaja apa yang diucapkan oleh Tuan Guru Presiden PAS.
Soalan asal YB Marang adalah;
“Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang [Marang] minta Menteri Kewangan menyatakan sejauh mana hasrat Kerajaan untuk membatalkan cukai GST yang dikenakan kepada rakyat tidak mengira kaya atau miskin dan mengambil mekanisme lain yang lebih adil, saksama dan tidak membebankan rakyat.?”

Kemudian, YB Marang bertanya soalan tambahan kepada Menteri Kewangan;
“Tuan Yang di-Pertua,
a) soalan tambahan saya, GST merupakan anugerah oleh kerajaan khususnya terhadap mereka yang melarikan diri daripada cukai, cara yang berkesan, tanpa dinafikan.

b) Namun di sana ada efek seperti Yang Berhormat sebut yang kesan negatifnya ialah inflasi yang menjadi bebanan kepada rakyat awam khususnya dalam barang-barang yang disebutkan tadi masih ada sungutan-sungutan.Nilai mata wang ini juga membebankan pelajar kita di luar negara yang ke luar negara. Sungutan itu banyak.

c) Sejauh mana langkah-langkah kerajaan dan penilaian terhadap keberkesanan daripada langkah-langkah itu atau kerajaan berfikir untuk mengadakan alternatif yang lain sekiranya ada.
Terima kasih.”

3. Media propaganda Kerajaan iaitu TV 3 dan Utusan menyiarkan hanya sebahagian sahaja apa yang diucapkan oleh YB Marang;
“GST merupakan percukaian murah oleh Kerajaan, khusus terhadap mereka yang melarikan diri daripada cukai, cara yang berkesan tanpa dinafikan.”
Mereka menyiarkan perenggan A sahaja tanpa memasukkan perenggan B dan C bagi menggambarkan kononnya Tuan Guru Presiden PAS menyokong GST.

Jahat bukan kerja media spin sebegini.?
Namun, apa yang lebih malang ialah pemimpin PH dan sekalian juaknya yang kononnya anti kepada TV 3 dan Utusan tetapi boleh pula mereka menyerang PAS dengan menggunakan sumber berita musuh.
Percaya pula geng PH ini terhadap berita TV 3 dan Utusan ye.?

4. Cybertrooper PH mengulangsiar berita spin yang sudah diperjelas pada tahun 2016 dahulu untuk dijadikan modal menyerang Tuan Guru Presiden PAS pada tahun 2018.

Presiden PPBM pun terikut sama percaya berita palsu tersebut.
Apabila YB Bachok bangun menegur YB Pagoh, dia gagal menjawab mana sumber berita sahih bahawa YB Marang menyokong GST.
Dia enggan menarik balik tuduhan fitnah terhadap YB Marang.

YB Bachok terus bangun mendesak YB Pagoh agar menarik balik tuduhan tersebut.
YB Ustaz Ahmad Marzuk turut membaca petikan handsard (penyata rasmi) Parlimen yang bertarikh 18 Oktober 2016 sebagai bukti menunjukkan kesilapan YB Pagoh.
Tan Sri Muhyiddin tetap tidak mahu menjawab dan terus mengakhiri ucapannya.

5. Sempat juga YB PAN Shah Alam sibuk mahu mencelah menjadi hulubalang membela YB Pagoh.
Punyalah bersungguh YB PAN Shah Alam ini menuduh YB Marang dalam soalan pada tahun 2016 itu tidak ada pun menyebut menolak GST.
Dia juga menuduh PAS Berkecuali ketika undian meluluskan GST di Parlimen.

YB PAN Shah Alam ini mungkin sudah nyanyuk atau buat-buat lupa.

Untuk rekod, Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 diluluskan di Dewan Rakyat pada tarikh 7 April 2014.
RUU GST diluluskan menerusi undi belah bahagi sebanyak dua kali dengan undian pembangkang memperoleh 81 undi berbanding penyokong kerajaan mendapat 118 undi.
PAS ketika itu turut bersama PKR dan DAP mengundi menolak GST. Ketika itu Pakatan Rakyat masih hidup dan PAS berada dalam gabungan tersebut.

6. YB PAN Shah Alam mungkin terlupa akan hakikat bahawa pada 7 April 2014, Tan Sri Muhyiddin masih dalam UMNO-BN dan bergelar Timbalan Perdana Menteri.
YB Pagoh bersama Ahli Parlimen BN mengundi menyokong GST ketika itu.
Tiba-tiba, sekarang apabila YB Pagoh sudah bergelar Pembangkang barulah dia berpura-pura pula kononnya menolak GST.
Inilah pelakon dan pelawak di pentas arena politik tanah air kita.

Kita patut bertanya kepada Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, dan Dato’ Seri Shafie Apdal;
mengapa dulu apabila kamu sedang berada di puncak kuasa, lain tutur bicaranya.
Kini, apabila kamu sudah hilang kuasa, lain pula bicaranya.?

Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
14 Mac 2018