Oleh : ‘Aisyaa Yasmin
Johor – YB Kapt (B) Hj Najib Lep satu-satunya wakil PAS di Johor dilihat begitu komited dalam gerak kerja dalam memberi keselesaan dan kepuasan kepada penduduk sekitar Adun Bukit Pasir Khususnya.
Beliau yang baru sahaja selesai mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya di kediamannya pernah berkata sebelum ini ketika membuat lawatan ke Kampung Sri Makmur akan tiga permasalahan yang perlu tindakan segera.
Antaranya, gangguan bekalan air bila mana cuti-cuti umum, Dahan pokok tumbang di Jalan Ahmad dan lubang pada Jalan Yusof.
Beberapa langkah penyelesaian sudah diambil dengan segera termasuk di kawasan Sari Baru dan sekitarnya.
“Air yang mati akan mengalir ke Sungai Besar Pagoh. Terima kasih atas usaha Sime Darby, Plus dan JPS Muar atas kerjasama ini.
“ Semoga usaha yang sedikit ini dapat membantu semua, di samping dapat mengeratkan huhungan sesama kita. Apa-apa, telefon saya.” Katanya ketika menyuarakan permasalah air di sini baru-baru ini.