Home Berita PAS Wilayah

YB Kak Nuri, Wanita Perikatan Nasional sumbang bakul makanan

30
SHARE

WANGSA MAJU, 22 Jun: Wanita Perikatan Nasional Malaysia (PN) mengagihkan sumbangan bakul makanan bermula semalam kepada penduduk yang terjejas pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menurut Timbalan Ketua Wanita Perikatan Nasional Malaysia, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh, sumbangan berkenaan merupakan usahasama PAS, PPBM dan Gerakan.

“bakul makanan yang setiap satunya mengandungi beras, minyak masak, tepung gandum, garam, gula, serbuk teh, sardin dan kicap akan diedarkan kepada penerima-penerima di Wilayah Persekutuan termasuk Wangsa Maju,” katanya.

Semua penerima berkenaan disenaraikan berdasarkan permohonan atas talian yang dilancarkan oleh Wanita Perikatan Nasional Malaysia sebelum ini.

Beberapa penerima pertama menerima bakul makanan mereka semalam di PASTI As-Siddiqin, Taman Setapak Indah dan selebihnya akan diagihkan secara berperingkat.

“Kerajaan PN sentiasa memahami denyut nadi rakyat dan InsyaAllah lebih ramai yang memerlukan akan kita bantu,” ujar Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Abdul Rani Mohamed Daud ketika penyampaian sumbangan tadi.

Turut hadir ialah Setiausaha PAS Wangsa Maju, Hairul Anuar, Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Muslimat Wilayah Persekutuan, Zurina Din dan Pegawai Khas Pusat Khidmat Komuniti, Ahmad Zikri Yazid.