Home Berita PAS Wilayah

Terima kasih YB Kak Nuri

25
SHARE

WANGSA MAJU 22 Jun: Penduduk Wangsa Maju yang hari ini memasuki hari ke 22 menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas bantuan #DAPURRAKYAT daripada YB Kak Nuri di Pejabat PAS Kawasan Wangsa Maju,semalam.

Sebilangan penduduk menghubungi Hotline PAS Kawasan Wangsa Maju sebelum ini mengadu mereka hampir terputus bekalan makanan dan mula resah kerana pasaraya di dalam kawasan itu terpaksa beratur panjang dan faktor pendapatan terbatas.

Pegawai Khas PAS Wangsa Maju, Ahmad Zikri Yazid berkata, lebih 25 beras diedarkan kepada golongan itu yang terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

“Dalam tempoh begini, PAS Wangsa Maju dan YB Kak Nuri akan memastikan penduduk setempat mempunyai bekalan makanan mencukupi.

Sumbangan seumpama itu diagihkan dari semasa ke semasa bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan.

“PAS Wangsa Maju telah proaktif semenjak pandemik, bantuan bukan sahaja terhad pada bakul makanan, malah, sumbangan bantuan tablet kepada para pelajar untuk pembelajaran dalam talian dan sumbangan peralatan kurang upaya seperti kerusi Roda dan sebagainya.