Home Berita PAS Wilayah

YB Kak Nuri santuni ahli DHPP

43
SHARE

Oleh MUHAMAD ABDUL FATEH

WANGSA MAJU, 18 Julai: YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh (YB Kak Nuri) bersama PAS Kawasan Wangsa Maju menyantuni Puan Lee, salah seorang ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) berbangsa Tiong Hua di rumahnya di sini hari ini.

Lawatan berkenaan bertujuan menyerlahkan lagi toleransi hidup sesama masyarakat pelbagai kaum di samping menyampaikan bantuan barangan asas.

Menurut YB Kak Nuri, ziarah ini juga menunjukkan kerukunan dalam masyarakat setempat dan keprihatinan PAS Kawasan Wangsa Maju tanpa memilih kaum tertentu sahaja.

“Di antara ajaran Islam juga meminta berlaku adil kepada semua rakyat dalam masyarakatnya. Saya juga menasihatkan penduduk sentiasa mengamalkan SOP dalam musim perayaan ini agar sama-sama memerangi wabak Covid-19 ini.

“Semoga kehadiran PAS Wangsa Maju ini dapat memberi kegembiraan dan keharmonian dalam berkeluarga dan bermasyarakat,” katanya.

Antara pimpinan PAS Wangsa Maju yang hadir ialah YDP PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Mohd Nur Azmi Yusof.