Home Berita PAS Wilayah

60 keluarga terima bakul prihatin YB Kak Nuri

23
SHARE

Oleh MUHAMAD ABDUL FATEH

WANGSA MAJU, 18 Julai: Seramai 60 keluarga menerima sumbangan Bakul Prihatin daripada Wanita Perikatan Nasional yang disampaikan oleh Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh (YB Kak Nuri) semalam.

Pengagihan sumbangan berkenaan diadakan PASTI As-Siddiqin, Taman Setapak Indah dengan pematuhan ketat SOP COVID-19.

Menurut YB Kak Nuri, beliau menyedari Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula pada 1 Jun menyukarkan rakyat khususnya untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman serta keperluan lain.

“Bagaimanapun penguatkuasaan PKPD ini perlu bagi memastikan penularan wabak COVID-19 di Malaysia dapat dibendung dan diputuskan rantaiannya sekaligus membolehkan keadaan kembali seperti sedia kala.

“Untuk itu, bagi meringankan beban golongan asnaf, sumbangan makanan dan minuman ini dapat membantu meringankan beban mereka ketika PKPD ini,” katanya.

Beliau turut menyatakan komitmen Wanita PN untuk meneruskan sumbangan ini dari semasa ke semasa untuk memastikan mereka yang memerlukan bantuan dapat dibantu.

Turut hadir ialah YDP PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, Timbalan Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Mohd Nur Azmi Yusof, Pengarah JPRP, Haji Puzi Ahmat dan beberapa AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Wangsa Maju.