Home Berita PAS Perlis

PRISA hulur bantuan kepada penduduk Simpang Empat

86
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 18 Julai: Pertubuhan Komuniti Prihatin Simpang Ampat (PRISA) hari ini menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas dalam DUN Simpang Empat.

Menerusi program Kongsi Rezeki, sebanyak 90 buah keluarga telah menerima bantuan berupa barangan makanan asas.

Pengerusinya Razali Saad berkata, sumbangan kewangan yang diterima daripada orang ramai telah membantu pihaknya menjayakan program pada hari ini.

“Alhamdulillah, hasil daripada dana yang terkumpul, maka pada hari ini, PRISA telah berjaya menghulurkan bantuan kepada sebanyak 90 buah keluarga.

“Insya Allah, program seperti akan diteruskan dari semasa ke semasa dan PRISA juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para petugas daripada JPRD Simpang Empat yang turut membantu melancarkan perjalanan program pada hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini.