Home Berita PAS Wilayah

YB Kak Nuri bantu penduduk Kg Sungai Merali

32
SHARE

WANGSA MAJU 1 JULAI: PAS Kawasan Wangsa Maju turun padang membantu dan meringankan beban golongan asnaf dengan menyerahkan bantuan berbentuk barangan keperluan asas kepada golongan ini yang tinggal di kawasan tersebut.

Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Puan Hajah Nuridah Mohd Salleh berkata pandemik COVID-19 menjejaskan pendapatan dan pergerakan beberapa pihak untuk mencari pendapatan sampingan termasuklah golongan asnaf.

“Majoriti penduduk yang tinggal di kawasan sekitar kampung tersebut adalah golongan yang bekerja sendiri seperti Penghantar makanan, peniaga , tukang kayu dan lain-lain,” katanya ketika menyampaikan bantuan kepada penduduk di Dewan Gelanggang Kampung Sungai Merali, di sini hari ini.

Menurut Haji Sulaiman Ismail, sumbangan ini dapat dijayakan berkat sikap ta’awun atau bantu-membantu yang ada pada ahli-ahli dan penyokong PAS Kg Sungai Merali yang bersiap siaga membantu mereka yang terkesan.

“Semoga bantuan ini dapat sedikit sebanyak mengurangkan beban mereka yang terkesan dengan PKP 3.0. Tidak lupa penghargaan buat YB Kak Nuri dan YDP PAS Wangsa Maju yang turun padang ke kg Sungai Merali hari ini.