Home Berita PAS Wilayah

Gerobok rezeki bantu rakyat terkesan Covid-19

53
SHARE

WANGSA MAJU, 01 JULAI: Pandemik Covid-19 3.0 yang memberi kesan besar kepada masyarakat terutama dalam konteks ekonomi mendorong Penyelaras Parlimen Wangsa Maju,YB Senator Puan Hajah Nuridah Mohd Salleh meneruskan Gerobok Rezeki.

Inisiatif itu bagi membolehkan mereka yang terjejas mendapatkan barang keperluan harian secara percuma.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negara merangkap Timbalan Ketua Wanita Perikatan Nasional Malaysia berkata, inisiatif itu dijayakan bersama beberapa individu yang menyumbang.

Menurutnya, antara barang keperluan yang disediakan ialah beras, minyak masak, tepung gandum, gula, kicap dan sos tomato, ikan sardin, telur serta susu pekat.

Katanya, Gerobok Rezeki itu dibuka beralamat pejabat markas PAS Kawasan Wangsa Maju no 11-1 tingkat 1,Jalan Melati Utama 4, Melati Utama 53100 Kuala Lumpur (landmark atas Sate Kajang Hj Samuri).

“Gerobok Rezeki sudah dijalankan hampir 2 minggu , kita mengutamakan masyarakat terkesan yang tinggal di kawasan Parlimen Wangsa Maju.

“Mereka boleh memilih jenis barang dapur yang diperlukan tetapi hanya empat jenis sahaja akan diberikan,” katanya kepada media

Jelasnya, kaedah mengehadkan hanya empat barangan itu bagi memberi peluang lebih ramai masyarakat terkesan memperoleh barangan secara percuma.

Kami juga mengalu-alukan menghulurkan sumbangan untuk meringankan beban, sumbangan anda boleh disalurkan

No. Akaun: 8600 10 1785
Nama Bank: CIMB
Nama Akaun: PAS Kawasan Wangsa Maju

sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai khas PAS Kawasan  Wangsa Maju 01138768585