Home Berita PAS Wilayah

YB Kak Nuri bantu ahli PAS penghidap strok

44
SHARE

WANGSA MAJU, 20 Julai: Seorang ahli PAS Wangsa Maju yang mengidap penyakit strok terharu menerima kehadiran dan sumbangan Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh (YB Kak Nuri) kelmarin di kediamannya di Taman Setapak Indah, Wangsa Maju.

Rashidi Jalaluiddin, 50, gembira menerima kerusi roda dan sumbangan wang tunai kerana dengan adanya kerusi roda itu, beliau dapat melakukan pergerakan di dalam rumah selain keluar mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

“Syukur, akhirnya tercapai impian untuk bergerak walaupun dengan menggunakan kerusi roda,” katanya ketika menerima sumbangan tersebut.

Menurut YB Kak Nuri, sumbangan berkenaan ialah antara tanggungjawab sosial PAS Wangsa Maju kepada penerima untuk menyantuni golongan yag susah dan memerlukan.

“Program ini sedang diperluaskan ke seluruh Wangsa Maju untuk meringankan beban golongan sasar yang telah kita kenal pasti.

“Pada masa yang sama, program ini dapat menjadi ruang untuk saya merapatkan silaturahim dengan ahli PAS Wangsa Maju,” katanya.

Turut hadir ialah Pegawai Khas Pusat Khidmat Komuniti PAS Wangsa Maju, Zikri Yazid dan Ketua PAS Cawangan Taman Ibukota, Haji Fadzil Mohamad.