Home Berita PAS Wilayah

MPPWP sub zon 6 sambut baik Program Jejak Prihatin

13
SHARE

WANGSA MAJU 20 JULAI: Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Sub Zon 6 Wangsa Maju menyambut baik Program Jejak Prihatin yang dianjurkan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Sebanyak lebih 60 pek bekalan makanan kering telah diagihkan kepada golongan miskin bandar di Wangsa Maju oleh MPPWP Sub Zon.

Turut hadir dalam sesi penyerahan bantuan, YB Senator Nuridah Mohd Salleh sebagai Penyelaras Parlimen Wangsa Maju dan YDP PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud juga merangkap Timbalan Pengerusi MPPWP Zon Wangsa Maju.

“Program Jejak Prihatin yang dilaksanakan ini akan berterusan dengan fasa pertama bermula pada hari ini hingga 28 Julai 2021.” Ujar YB Senator Nuridah.

Menurut Kak Nuri, Jejak Prihatin ini merupakan langkah proaktif oleh YWP yang bertujuan untuk menggerakkan usaha mencari golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta menghulurkan bantuan dengan segera tanpa perlu menunggu sehingga keadaan mereka semakin kritikal.

Selain itu, inisiatif lain yang diberikan oleh YWP adalah sumbangan khas setiap bulan sebanyak RM100.00 selama 3 bulan setelah menerima bekalan yang disampaikan.

“Saya amat berterima kasih kepada pihak MPPWP dari Wangsa Maju kerana menjemput saya sebagai penyampai barangan tersebut.” Tambah Kak Nuri.