Home Berita PAS Wilayah

Jabatan Amal sanitasi PASTI Wangsa Maju

22
SHARE

Oleh MUHAMAD ABDUL FATEH

WANGSA MAJU, 20 JULAI: Jabatan Amal Malaysia Kawasan Wangsa Maju (JAMKWM) yang diberi jolokan ‘semut merah’ berjaya melakukan operasi sanitasi di beberapa premis PASTI Sabtu lalu.

Menurut komandannya, Solahuddin Ayubi, operasi sanitasi kali ini melibatkan sebanyak 12 buah PASTI di kawasan Wangsa Maju.

“Sanitasi ini dilakukan selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Titiwangsa (PKDT),” jelasnya.

Turut hadir ialah Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Mohd Abdul Hadi Ghazali dan 20 anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Wangsa Maju.