Maran 27 Feb; YB Ustaz Shahril Azman bersama Adun Chenor YB Ust.Mujibur Rahman, Adun Luit En.Sopian, Adun Kuala Sentul Dato’ Sri Shahaniza, Pegawai Daerah Maran En.Saharudin Jali serta frontliner Daerah Maran hari ini telah mengambil suntikan Vaksin Covid19.
Fasa 1 ini melibatkan pimpinan serta Pentadbiran Daerah Maran diadakan di Dewan Jubli Perak Maran.
Doktor serta pegawai kesihatan Daerah Maran mengadakan 7 stesen bagi memudahkan perjalanan program Vaksinasi dalam Daerah Maran ini, bermula dengan pendaftaran dan mengambil suhu.
Seterusnya pendaftaran melalui mysejahtera dilakukan bagi memudahkan proses Vaksinasi ini berjalan serta taklimat ringkas dari pegawai perubatan.
” Saya berharap agar rakyat mengambil suntikan Vaksin ini bagi mengawal penularan wabak covid-19 serta telah difatwakan hukumnya harus oleh fatwa kebangsaan ” ujar YB Ustaz Shahril Azman.