Home Berita PAS Selangor

YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary ‘turun padang’ ke Klang – PAS Kawasan Klang

9
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

Klang | Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary yang juga Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) pada hari ini telah hadir ke Klang sekitar 10.30 pagi. Kehadirannya telah disambut oleh Ustaz Khalid Nayan yang juga Penyelaras Khidmat Malaysia Klang. Turut hadir Pemangku Ketua Pengarah YaPIEM Puan Parihah Binti Hasan dan Pengurus Pusat Pentadbiran YaPIEM Negeri (PPYN) Selangor Che Nor Azila Che Ghani.

Syamsul Azhar Zul, 49, merupakan peniaga kuih yang terjejas teruk selain memperoleh purata pendapatan RM500 sebulan di samping menyara enam ahli keluarganya termasuk seorang anaknya yang dikategorikan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan salah seorang penerima sumbangan dari yayasan ini.

Seterusnya, Timbalan Menteri bergerak ke Kampung Nelayan, Telok Gong dan melawat Maahad Tahfiz Ar Ridhuan yang dahulunya diuruskan oleh almarhum Ustaz Ridhuan Rahmat, Mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor. Kini maahad tahfiz diuruskan oleh balu Almarhum Ustaz Ridhuan Rahmat, Ustazah Noordiana Zakaria. Hadir bersama Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Datuk Dr.Ahmad Yunus Khairi, beberapa orang ahli jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Selangor yang diketuai oleh Pemangku Ketua Dewan Ustaz Nushi Dato’ Dr.Mahfodz dan Jabatan Amal. Lawatan berakhir sekitar 1.00 petang.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor