Home Berita PAS Selangor

Khidmat Malaysia Negeri Selangor bersama NGO memberi sumbangan ke HTAR – BPPNS

9
SHARE

“Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Klang | Khidmat Malaysia Selangor bersama NGO Yayasan Amal Malaysia (YAM), PAPISMA Selangor, Syabab Care, Pertubuhan Pendakwah Darul Ehsan (DAIE), Kumpulan Wanita Islam Kapar (KWIK) dan Jabatan Amal Malaysia Selangor telah hadir ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk memberi sumbangan.

Misi bantuan ini telah diketuai YB Dato’ Dr Hj Ahmad Yunus Hairi, Pesuruhjaya PAS Selangor turut diiringi pimpinan YAM YB Senator Mohd Apandi Mohamad, Dr Hajah Halimah Ali, Pengerusi Khidmat Malaysia Selangor, Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh serta pimpinan NGO yang turut serta.

Rombongan ini telah disambut sendiri oleh Tuan Pengarah HTAR, Dr Hj Zulkarnain Hj Mohd Rawi serta Ahli Lembaga Pelawat HTAR, Puan Noraini Husin dan Dato’ Deepakaran.

Dua belas unit Oxygen Concentrator telah disumbangkan oleh YAM dan PAPISMA Selangor. Barangan pembersihan dan makanan turut disumbangkan oleh NGO lain.

Tuan Pengarah HTAR amat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih atas komitmen dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh semua NGO yang hadir pada hari ini. Moga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor