Home Berita PAS Perak

Info Perak | Jemaah haji digesa terima vaksin

19
SHARE
JEMAAH HAJI DIGESA TERIMA VAKSIN
BAGAN SERAI: Rakyat Malaysia khususnya bakal jemaah haji perlulah menerima vaksin yang diberikan oleh kerajaan susulan lebih banyak jenis vaksin diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan bahawa bakal Jemaah haji perlu mengambil peluang dan kesempatan untuk menerima vaksin yang telah diiktiraf ini.
“Kita ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi kerana beri ruang luas kepada penerima vaksin. Saya mengambil kesempatan kepada bakal jemaah khususnya umrah dan haji untuk mengambil vaksin yang telah diberikan Kerajaan Malaysia bagi menghadapi Covid-19.
“Dengan kenyataan dikemukakan Arab Saudi, saya berasakan tak ada lagi masalah untuk kita ambil Sinovac bagi menyekat alasan untuk diizinkan ke Mekah,” ujar beliau di program penyampaian sumbangan kotak makanan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) di sini semalam.
Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa sehingga kini, masih tiada lagi sebarang perbincangan dilakukan mengenai syarat terkini menunaikan haji kerana kerajaan masih meneliti prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Arab Saudi.
Turut hadir dalam bersama Yang Dipertua Yadim, Nasruddin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria.