Home Kenyataan Media PAS Selangor

YB Dato Dr Ahmad Yunus HairiPesuruhjaya PAS Selangor | ADN Sijangkang – Program Pemutihan Kilang Haram / Tanpa Kebenaran Tiada Kesudahan : Robohkan Kilang Haram Tepi Sungai

383
SHARE

Kenyataan Media PAS Selangor

Program pemutihan kilang haram dari bulan Julai 2006 hingga 31 Disember 2015 telah dilanjutkan sebanyak 6 kali. Kini dikenali sebagai program “Smart Kilang Tanpa Kebenaran 2.0”.

Hanya 630 kilang telah di “legal” kan sehingga 2016, walaubagaimana pun ada 1000 lagi kilang yang masih berstatus “haram” selepas tamat tempoh yang diberi kata Exco Kerajaan pada Nov 2018.

Pada September 2019 Kerajaan Negeri memberi tempoh setahun lagi kepada pemilik kilang haram menjalankan operasi secara sah dengan melalui proses pemutihan yang ditawarkan bermula 1 Oktober 2019 hingga 30 September 2020.

Kini apabila isu pencemaran air sungai Selangor memuncak, kita dimaklumkan bahawa ada 308 kilang haram dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang. Kilang penyelenggaraan Jentera yang dikaitkan dengan pencemaran yang berlaku juga beroperasi secara haram.

Isunya sampai bila Kerajaan atau Exco yang bertanggungjawab akan bertegas dengan program pemutihan ini kerana Kerajaan juga mendapati operator kilang ini mengambil kesempatan di atas tempoh-tempoh yang di lanjutkan beberapa kali.

Saranan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor agar kilang seperti ini dirobohkan adalah tepat dan sudah sampai masanya tiada kompromi lagi dan tidak ada campur tangan politik harus berlaku.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

21 Muharam 1442H | 8 September 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor