Oleh MUHAMMAD HADI
ARAU, 1 April: Yayasan Birullwalidain Bandar Baru Bangi dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Guar Sanji menerusi program Misi Amal Kasih Marhaban Ya Ramadan telah menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf yang tinggal dalam DUN berkenaan.
Seramai 200 buah keluarga telah terpilih menerima sumbangan berbentuk hamper makanan dan wang ringgit pada program tersebut.
Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Birullwalidain, Hamdi Haron yang mewakili yayasan terbabit hadir menyampaikan sumbangan.
Turut hadir, ADUN Guar Sanji, Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim.
Menurut Hamdi, Yayasan Birullwalidain mengadakan program bersama golongan asnaf pada setiap tahun menjelang bulan Ramadan bagi membantu mereka menyambut kedatangan bulan yang mulia itu.
Sementara itu, Ustaz Mohd. Ridzuan yang ditemui berkata, beliau mewakili para penduduk di DUN Guar Sanji merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak yayasan atas sumbangan yang diberikan.