Home Berita PAS Perlis

MADI anjur Eidul Ilmi 2021

241
SHARE

Oleh AMIRUL SYAKIRIN

ARAU, 1 April: Madrasah Diniah Islamiah (MADI), menganjurkan Majlis Eidul Ilmi MADI 2021 bertempat di Dewan Nurul Iman, Kompleks Pendidikan MADI, di sini baru-baru ini.

Majlis berkenaan diadakan bagi meraikan para pelajar SPM yang menamatkan pengajian mereka.

Ketua Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs), Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil hadir merasmikan majlis tersebut.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan para pelajar agar sentiasa teguh dalam menempuh dugaan dan mendalami ilmu agama.

Turut ditegaskan, kewajipan para pelajar dalam berjihad menyampaikan ilmu serta menggabungkan diri dengan jemaah Islam.

Majlis pada kali ini menyaksikan seorang pelajar dipilih menerima Anugerah Mumtaz manakala tiga orang pelajar lagi menerima Anugerah Jayyid Jiddan.

Mereka ialah Puteri Nur Adilah Mohd Noor Haizan (Mumtaz), Nur Irdina Shahrin Zamani (Jayyid Jiddan), Ibrahim Tahir Abdul Wahab (Jayyid Jiddan) dan Siti Nur Khadijah Mashuki (Jayyid Jiddan).

Sementara itu, bagi anugerah tokoh pelajar pula, Ibrahim Tahir Abdul Wahab telah dinobatkan selaku Tokoh Khalid Al Walid (Kepimpinan), manakala Mohd Hadi Hakimi Abdul Hadi dipilih selaku Tokoh Salman Al Farisi (Kokurikulum) dan Anis Sumaiyah Abdul Syukor (Tokoh Al Fateh (Sahsiah Terpuji))