Home Berita PAS Perlis

Majlis Guru PASTI Negeri Perlis selesai bermuktamar

229
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 1 April: Majlis Guru PASTI Negeri (MGPN) Perlis telah selesai mengadakan muktamar tahunannya kali ke-15 baru-baru ini.

Seramai 45 orang, terdiri daripada AJK MGPN serta para perwakilan daripada kawasan Padang Besar, Kangar dan Arau hadir ke muktamar berkenaan yang diadakan di The Putra Regency Hotel, di sini.

Perasmian muktamar telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil.

Muktamar kali ini menyaksikan Mashithoh Omar dilantik selaku Pengerusi Tetap MGPN Perlis untuk sesi 2022-2024 manakala Nor Hayati Abd Razak pula selaku Timbalan Pengerusi Tetap.

Jawatan Pengerusi MGPN pula disandang oleh Mashitoh Baharom sementara Noor Baizura Ahmad dilantik sebagai Naib Pengerusi MGPN.

Turut dipilih, seramai enam orang AJK MGPN dan dua orang pemeriksa kira-kira yang akan memegang jawatan berkenaan bagi sesi 2022-2024.

Organisasi MGPN Perlis Sesi 2022-2024:

Pengerusi Tetap : Mashithoh Omar
Timbalan Pengerusi Tetap : Nor Hayati Abd Razak
Pengerusi : Mashitoh Baharom
Naib Pengerusi : Noor Baizura Ahmad

AJK:
Noorishah Zakaria
Noorul Nadia Rosdi
Adilah Abdullah
Nur Alhana Baharuddin
Rohana Sulaiman
Hasmiza Ali

Pemeriksa Kira-kira 1 : Siti Hajar Zakaria
Pemeriksa Kira-kira 2 : Juwairiyah Isa