Home Berita PAS Johor

Yang Di-Pertuan Agong kebanggaan rakyat

193
SHARE

Sejak menaiki takhta sebagai Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16 pada 31 Januari 2019, sifat rendah diri, keprihatinan dan kesederhanaan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjadi pujian rakyat. Ia sekali gus meletakkan baginda sebagai Ketua Negara yang disayangi semua lapisan masyarakat.

Sultan Abdullah yang ditabalkan sebagai YDPA dan secara rasminya menggalas tanggungjawab sebagai payung mahkota yang menaungi rakyat Malaysia selama lima tahun.

Rakyat negara ini bangga mendapat seorang Raja yang berjiwa rakyat. Sultan Abdullah disifatkan sebagai seorang Raja yang begitu dekat dengan rakyat dan idak pernah sesekali melupakan rakyat yang dilanda bencana atau kesusahan.

Di bawah naungan YDPA dilihat mampu membuka hati dan minda masyarakat Malaysia untuk bersama-sama berganding bahu mengekalkan keharmonian hidup di negara ini.

PAS Johor mendoakan, YDPA dapat terus menaungi masyarakat majmuk di negara ini dengan penuh iltizam, adil dan saksama. Dapat memastikan perpaduan antara kaum dapat kekal utuh dan terpelihara. Juga akan bersama-sama pentadbiran negara memulihkan ekonomi supaya rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

USTAZ ABDULLAH HUSIN

Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)

15 Jun 2021 | 3 Zulkaedah 1442H