Home Kenyataan Media PAS Kedah

YAB DS MB Kedah, We Proud of you

232
SHARE

Oleh ABDUL HADI OMAR

ALOR SETAR, 16 Nov – Tahniah YAB Dato Seri Menteri Besar Negeri Kedah kerana bertegas isu judi dan arak di Kedah

Keputusan kerajaan negeri Kedah bertegas untuk menghadkan penjualan arak dan tidak menyambung lesen perjudian melalui semua PBT adalah bertepatan dengan situasi semasa setelah rakyat Malaysia sering dihidangkan dengan berita sedih kemalangan yang disebabkan oleh pemandu mabuk.

Ini membuktikan Malaysia sedang hadapi krisis besar berkaitan pengawalan penjualan minuman keras.

Teringat pengalaman saya bekerja di UK suatu ketika dahulu, walaupun negara barat yang agak bebas dengan arak,polisi mereka ketika bekerja, memang tidak membenarkan mana-mana pekerja yang dalam keadaan mabuk mai bekerja.

Berlaku depan mata saya sendiri seorang rakan sekerja dihalau balik oleh Manager ketika mai kerja dalam keadaan mabuk. Hendak mengambarkan bahawa bahananya arak.

Manusia diciptakan Allah SWT di atas muka bumi sebagai khalifah cukup istimewa kerana diberikan akal fikiran untuk membezakan antara baik dengan buruk.

Manusia mampu berfikir sebelum menentu atau melakukan sesuatu perkara.

Bagaimanapun keistimewaan akal itu boleh dirosakkan hingga menghanyutkan kehidupan manusia ke lembah kesesatan, iaitu apabila manusia terbabit dengan arak dan judi.

Mutakhir ini, banyak kes kekejaman dan tidak berperikemanusiaan berlaku di negara ini yang berpunca akibat arak dan judi.

Ada pihak merasakan apabila mengambil arak dan judi, ia tidak memberi kesan kepada orang lain secara mata kasarnya. Namun, akibatnya kelak akan membabitkan orang lain di sekeliling hingga pada satu tahap akan mengorbankan nyawa insan yang tidak bersalah.

Jika kita perhatikan banyak kes yang berlaku kerana arak, antaranya kemalangan akibat pemandu mabuk hingga menyebabkan kecederaan dan kehilangan nyawa.

Disebabkan arak juga, pergaduhan tercetus antara orang yang mabuk dan tidak sedar terhadap tingkah lakunya.

Bagi kaki judi pula, duit dan harta akan habis dalam sekelip mata kerana sifat tamak. Malah lebih teruk, harta dan wang ringgit isteri serta anak turut digunakan secara paksa. Ada juga kes, seseorang sanggup membunuh ahli keluarganya semata-mata kerana judi. Inilah sering berlaku dan dilihat di dada akhbar tempatan bagaimana buruknya kesan seseorang terjebak dengan arak serta judi.

Mereka langsung tidak dapat berfikir dengan waras, apatah lagi memikirkan perbuatan itu betul atau tidak.

Justeru itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerlun mengajak untuk kita sama-sama saling ingat-mengingati antara
satu sama lain bahawa mengambil arak dan bermain judi ini ialah perkara sia-sia.

Malah, ia akan mendatangkan kemudaratan dan kesan negatif kepada diri sendiri serta orang lain di sekeliling.