Home Berita PAS Negeri Sembilan

Majlis Apresiasi dan Hari Keluarga LPMB BPPNS di Pantai Port Dickson

108
SHARE

Oleh : RUSILAH MD SOM

REMBAU, 16 November : Lajnah Penerangan dan Media Baru (LPMB) , Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan (BPPNS) sesi 2019 – 2021 telah mengadakan Majlis Apresiasi dan Hari Keluarga di pantai Port Dickson kelmarin.

Pengarah majlis, Abdul Rahim Mansor menyatakan majlis buat julung kali diadakan itu bertujuan untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada semua Ahli Jawatankuasa (AJK) LPMB yang menjadi nadi penggerak lajnah tersebut di samping merapatkan ukhuwah sesama keluarga masing-masing.

Ketua LPMB, Badzli Bakar dalam ucapan perasmian menyatakan ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan kepada beliau dalam menjalankan amanah yang telah diberikan dan tahniah serta terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis pada hari tersebut.

Manakala kehadiran Pesuruhjaya (PJ), Rafiei Mustafa sebagai tetamu istimewa serta telah menyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada AJK LPMB sesi lepas.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Ketua LPMB kerana bersungguh-sungguh menjayakan Majlis Apresiasi yang julung kali diadakan dan ia adalah satu tanda kita sentiasa menghargai sumbangan tenaga, masa dan wang ahli PAS terutama BPPNS itu sendiri.

Menurut setiausaha LPMB, Ali Osman seramai 15 buah keluarga yang turut meraikan majlis apresiasi tersebut dengan pelbagai aktiviti yang berlangsung, sukaneka kanak-kanak, cabutan bertuah, solat berjemaah, makan tengahari sambil beramah-mesra sesama mereka yang hadir.

Akhirnya, Abdul Rahim Mansor mengakhiri majlis pada hari tersebut setelah ucapan perasmian penutup dilaksanakan oleh PJ dengan mengadakan gotong-royong di kawasan pantai di mana majlis tersebut diadakan.