Home Berita PAS Kedah

Wujudkan unit ibadah dan kaunseling bantu mangsa bencana.

69
SHARE

Oleh: MUHAMMAD IQBAL

KEMAMAN, 5 JUN –  Khidmat Malaysia perlu mewujudkan satu unit ibadah dan kaunseling di samping penyediaan ruang khas untuk melaksanakan solat berjemaah serta aktiviti ibadat yang lain di pusat penempatan mangsa bencana.

Adun Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin berkata peranan ini perlu diambil oleh Khidmat Malaysia kerana  aspek ibadah ini kurang diberi perhatian oleh agensi kerajaan dan NGO yang membantu mangsa bencana di pusat penempatan sementara bencana.

“Dalam pemerhatian saya yang selalu terlibat dalam misi bantuan bencana kebanyakkannya hanya tumpu kepada penyediaan makanan, tempat tidur dan kemudahan asas kepada mangsa bencana tetapi tidak kepada pengisian rohani,” katanya.

“Ruang untuk berdakwah kepada masyarakat amat luas, lebih-lebih lagi kepada mangsa yang mengalami trauma akibat bencana agar mendekatkan diri kepada Allah SWT,”

“Khidmat Malaysia perlu terkehadapan dalam membimbing masyarakat dan cakna kepada kewajiban melaksanakan ibadah walau dalam apa situasi sekalipun,” ujarnya

Beliau antara peserta yang menyertai program Himpunan Petugas Bencana Khidmat Malaysia kali ke-3 (HEBAT 3.0) yang diadakan selama tiga hari bermula hari Jumaat lalu, di sini.

Program yang menghimpunkan petugas bencana terdiri daripada Khidmat Malaysia, Jabatan Amal, Briged Muslimat serta pelbagai NGO dari seluruh negara. – Unit Media PAS Kedah