Home Berita PAS Melaka

Coretan Kak Wirda : PAS maju ke hadapan

558
SHARE

Oleh : Wirdawati Nazwir

Alhamdulillah.
Assalamualaikum.

PAS kena muncul di tengah-tengah dunia untuk memperkenal dan memperkasakan syariat Islam. Perlu berada dalam pucuk kepimpinan dan pentadbiran negara dan bersama dalam organisasi kabinet dan pengurusan untuk memperjelaskan tentang prinsip, konsep, kaedah dan prasyarat dalam syariat dengan memegang ‘mikrofon’ sebagai kuasa pemutus dan kuasa pelaksana.

Adalah salah bila PAS mahu ke hadapan dan menjadi terkehadapan untuk memperjelaskan dan melaksanakan Islam, maka dengan sewenang-wenangnya ada suara yang meluahkan rasa dan mempamerkan emosi tanpa bersandarkan kepada prinsip ilmu yang sudah sekian lama tersedia dan dikupas oleh ulama-ulama hebat yang menulis dengan pena ketakwaan dan kewarasan.

Menuduh PAS memburu dunia adalah sangat tidak masuk akal. Seolah-olah tanggapan itu keluar daripada pemikiran manusia yang sudah terbiasa dan kalih dengan kemewahan dan kekayaan, terpana dengan kefasikan dan kemunafikan, serta kering hatinya daripada timbaan ilmu dan makrifat. Na’uzubillahi min zalika.

Kalau ada yang membuat pernyataan dan tuduhan bahawa wujud Islam versi PAS, Islam versi UMNO, Islam versi PAN, Islam versi PKR, dan versi daripada parti Melayu lain sekalipun, dipersilakan kerana ia cuma sekadar luahan.

Yang penting versi Islam yang ditonjolkan itu adalah daripada parti yang dasar perjuangannya adalah al-Quran dan as-Sunnah tanpa meninggalkan Ijmak Ulamak dan Qias, dan pelaksanaannya adalah daripada Muslim yang benar-benar mencintai Allah dan Rasul-Nya SAW dan secara ikhlasnya mahu mendaulatkan syariat Islam dalam Perlembagaan Negara dan Kanun pentadbiran negara mengikut cara yang ditunjuk-bimbing oleh Rasulullah SAW, pemimpin seluruh umat Islam.

Meskipun ada kesilapan individu pemimpin dalam mengeluarkan pandangannya, maka itu adalah perkara biasa kerana manusia lain pasti takkan sama dengan Rasulullah SAW dan para Nabi lain yang maksum.

Justeru itu, manusia perlu bermuhasabah dan mohon taufiq dan hidayah Allah. Kita terdedah kepada kemungkaran tetapi sebaiknya dituruti dengan istighfar dan Solat Taubat. Wallahua’lam bissawab.

Jika ada kesilapan, para asatizah yang alim dan wara’, Kak Wirda mohon teguran dan pembetulan. Tqsm. ????

Penulis adalah AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah.

#DakwahJalanTerus
#LoveAllahLoveIslamLoveRasulullahSaw


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)