Home Artikel PAS Perlis

ADUN Sanglang Lawat Ladang Rock Melon

392
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

PADANG BESAR : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang Mohd. Shukri Ramli telah mengadakan lawatan ke Ladang Rock Melon di Batu Bertangkup, dekat sini pagi tadi.

Projek tanaman rock melon atau tembikai wangi berkenaan dikelolakan oleh Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) dan merupakan salah satu inisiatif MAIPs dalam meningkatkan ekonomi golongan asnaf.

Beliau telah disambut oleh Penolong Pengurus Ladang Rock Melon Batu Bertangkup, Noramrul Amri Chan yang turut memberikan taklimat berkenaan projek tanaman berkenaan sepanjang lawatan tersebut.

Menurut Noramrul, tanaman rock melon dipilih kerana permintaan yang tinggi selain menghasilkan buah yang berkualiti.

Katanya lagi, tanaman berkenaan juga tidak begitu sukar ditanam manakala buahnya boleh dikutip setiap minggu.

Mohd. Shukri yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis dalam pada itu menyambut baik usaha MAIPs berkenaan dan berharap agar para peserta yang terpilih menimba sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu yang telah diperolehi mereka.

“Saya mendoakan semoga usaha murni ini akan dapat membantu para asnaf dalam meningkatkan ekonomi mereka dan semoga usaha ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT,” katanya ketika ditemui di sini.